MINUM KOPI UNTUK SIHAT?

Kopi adalah minuman yang sangat biasa kita minum setiap hari. Pelbagai kaedah kita minum kopi setiap hari sama ada di campur dengan susu atau gula. Banyak juga kopi yang dijual telah siap dicampurkan dengan gula dan krimer.

Terdapat pelbagai informasi tentang kopi samada ianya baik atau buruk kepada kesihatan. Selalunya kita menjadi keliru kerana ada masanya kita diberitahu bahawa kopi itu tidak baik untuk kesihatan. Sebenarnya kopi adalah satu minuman yang sangat baik kepada kesihatan jika diambil dengan kaedah yang betul. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kopi mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan.

1. Kopi meningkatkan pengaliran darah

Minum kopi secawan 5 ounce akan meningkatkan pengaliran darah sehingga 30% berdasarkan kajian  yang dijalankan. Peningkatan pengaliran darah ini amat baik untuk meningkatkan pengoksidaan sel-sel dalam tubuh kita dan meningkatkan keupayaan aktiviti fizikal seseorang. 

2. Kopi membantu meningkatkan metabolisma tubuh

Dalam satu kajian  di Sepanyol, didapati atlit yang minum secawan kopi (12 ounce) sebelum bersenam akan membakar 15% lebih banyak kalori sehingga 3 jam selepas bersenam. Jika anda minum kopi satu ke dua cawan sehari tanpa bersenam juga akan meningkatkan metabolisma tubuh sehingga 10 ke 20%. Ini boleh memberikan tenaga tambahan dan membantu menurunkan berat badan anda.

3. Meningkatkan stamina

Kajian menunjukkan pengambilan kopi sebelum bersenam akan membantu mengurangkan rasa sakit otot selepas bersenam dan ia juga membantu meningkatkan stamina semasa bersenam di mana seseorang akan merasa lebih bertenaga dan lebih mudah semasa bersenam. Oleh kerana iatu, kajian menunjukkan pengambilan kopi sebelum bersenam akan meningkatkan prestasi sehingga 11% kerana seseorang yang bersenam akan merasa lebih bertenaga.

4. Mengurangkan rasa sakit dan sengal otot selepas bersenam

Penyelidik daripada University of Illinois telah menunjukkan bahawa pengambilan dua ke tiga cawan kopi boleh membantu seseorang itu mengurangkan rasa sakit otot selepas bersenam. Kajian oleh University of Georgia melaporkan bahawa peserta kajian menyatakan pengurangan 48% rasa sakit dan sengal otot berbanding 30% dengan ubat naproxen  ke 25% dengan ubat aspirin. 

5. Mengekalkan otot tubuh

Apabila anda minum kopi, maka otak anda akan membebaskan satu bahan yang dipanggil Brain Derived Neurotropic Factor (BDNF) yang akan menyokong meningkatkan tenaga otot anda. Dengan adanya bahan ini otot akan lebih mudah membesar dan mengelakkan otot menjadi kecut (atrophy). Secara umumnya pengambilan kopi secara kerap akan membantu mengekalkan saiz otot dan mengelakkan ia menjadi kecut. 

6. Meningkatkan kepekaan dan fokus

Kafein dalam kopi akan meningkatkan dan meransangkan rasa kepekaan dan fokus serta tenaga akibat interaksi dengan reseptor adenosine di dalam otak kita. Oleh kerana itu ia akan meningkatkan fungsi otak seperti kadar tindakbalas, kepekaan dan kesan kognitif umum. 

7. Meningkatkan memori

Kajian juga menunjukkan kopi membantu meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan keupayaan memori. Kajian juga menunjukikan pengambilan dua cawan kopi (8 ounce) setiap hari akan meningkatkan memori jangkamasa panjang.

8. Mengurangkan risiko kemurungan/depressi

Kopi telah dikaitkan dengan mengurangkan risiko rendah mendapat masalah depressi terutama di kalangan wanita. Kajian menunjukkan, seseorang yang minum 4 cawan (8 ounce) setiap hari telah menunjukkan pengurangan risiko depressi sehingga 205 lebih rendah. Ia adalah kerana kopi meransang penghasilan bahan biokimia otak iaitu serotonin dan dopamine.

9. Mengurangkan risiko kanser

Kopi dikaitkan dengan risiko rendah mendapat kanser hati (liver) dan kolorektal (usus) iaitu jenis kanser yang ketiga dan keempat paling tinggi.
Kajian menunjukkan peminum kopi 4 ke 5 cawan sehari, mempunyai kadar 40% lebih rendah mendapat kanser hati dan 15% lebih rendah mendapat kanser kolorektal. Kajian lain juga menunjukkan peminum kopi mempunyai risiko kanser kulit jenis ‘basal cell carcinoma’ yang lebih rendah.

10. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Kajian menunjukkan minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung terutama kepada wanita. Kajian juga menunjukkan kopi akan mengurangkan risiko strok (angin ahmar).
Terdapat kajian menunjukkan kopi boleh meningkatkan tekanan darah, tetapi kadar peningkatan tekanan darah ini sangat minima dan tidak berlaku kepada penggemar kopi tegar. Sehingga kini tiada kajian yang menunjukkan peminum kopi mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat penyakit jantung.

11. Melindungi organ hati

Kajian menunjukkan kopi bukan sahaja mengurangkan risiko kanser hati, ia juga membantu mengurangkan penyakit hati seperti bengkak hati (hepatitis) dan masalah hati berlemak(fatty liver).
Kopi juga melindungi daripada masalah pengerasan hati (cirrhosis) akibat berlakunya parut didalam organ hati. Kajian menunjukkan pengurangan risiko 80% dikalangan peminum kopi 4 atau lebih cawan kopi setiap hari.

12. Membantu melawan gout

Gout adalah penyakit radang sendi akibat pengumpulan asid urik dalam tubuh kita. Lelaki yang minum 4 ke cawan kopi setiap hari akan mengurangkan risiko gout sehingga 40% dikalangan orang lelaki yang tidak minum kopi

13. Membantu penyerapan nutrisi dan anti oksidan

Kopi mengandungi bahan anti oksidan yang tinggi. Kajian menunjukkan sumber utama anti oksidan bagi masyarakat di Barat adalah dengan minum kopi berbanding daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran. Kopi juga kaya dengan sumber vitamin riboflavin (11%), mineral potassium (3%) dan vitamin niacin (2%). Jumlah ini akan meningkat dengan pengambilan lebih banyak mcawan kopi dalam sehari.

14. Membantu penyakit diabetes

Diabetes jenis 2 adalah penyakit yang paling utama di Malaysia. Terdapat hampir 4 juta pesakit diabetes di Malaysia dan 300 juta pesakit diabetes di seluruh dunia. Kajian menunjukkan peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah mendapat penyakit diabetes ini berbanding dengan orang yang tidak minum kopi.
Kajian menunjukkan pengurangan sehingga 7% risiko penyakit diabetes untuk setiap cawan kopi yang diminum dan peminum kopi tegar akan mengurangkan risiko diabetes sehingga 67%. Syarat utamanya adalah kopi yang di minum adalah kopi O tanpa gula atau menggunakan pemanis stevia.

15. Meningkatkan tenaga

Kopi akan memberikan tenaga segera (energy booster) dan konsisten kepada peminumnya. Oleh kerana itu ia diambil sebagai minuman sarapan pagi untuk membekalkan tenaga sepanjng hari. Ini adalah kerana kandungan kafein didalam kopi yang menjadi sebagai stimulan yang membuatkan seseorang menjadi lebih fokus dan peka serta rasa lebih bertenaga.

16. Mengurangkan risiko Dementia (nyanyuk) & Alzheimers

Kajian di University of Miami dan University of South Florida telah menunjukkan bahawa terdapat kaitan diantara pengambilan kopi dengan pengurangan risiko dementia (nyanyuk) seperti Penyakit Alzheimers. Kajian menunjukkan pengambilan kopi 3 cawan sehari akan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer sehingga 65%. Kajian juga menunjukkan peminum kopi akan mempunyai risiko yang lebih rendah mendapat penyakit Parkinson sehingga 32 sehingga 60% yang merupakan diantara penyakit neurodegeneratif yang paling biasa berlaku.

17. Mengurangkan Stress dan meningkatkan rasa gembira

Penyelidik di Seoul National University telah mendapati dalam kajian mereka bahawa tikus yang kurang tidur (sleep deprived) yang didedahkan dengan bau kopi akan mempunyai pengurangan penghasilan bahan protin dalam otak yang menyebabkan stres dan meransangkan rasa gembira. Stres ini secara khususnya berkaitan dengan masalah kurang tidur. Oleh kerana itu, jika seseorang tidak suka dengan rasa kopi sebagai minuman maka mereka masih boleh mengurangkan stres dan meningkatkan rasa mood gembira dengan menghidu bau kopi sahaja.

18. Memanjangkan Umur

Kajian secara umumnya menunjukkan peminum kopi mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding dengan seseorang yang tidak nminum kopi. Kajian yang dijalankan di National Cancer Institute (NCI) di USA menunjukkan seseorang yang minum 3 atau lebih cawan kopi akan mempunyai risiko kematian 10% lebih rendah.Oleh kerana itu jelaslah berdasarkan bukti kajian sains sebenarnya pengambilan minum kopi setiap hari akan membantu kesihatan yang lebih baik dan memanjangkan umur, Insyaallah.

Potensi Risiko Minum Kopi
Walaupun kopi mempunyai banyak khasiat kesihatan, tetapi ia juga mempunyai kesan sampingan yang perlu di pertimbangkan jika kita mahu minum kopi:
• Setiap perkara yang baik dan berkhasiat akan hilang khasiatnya jika kita mengambil secara berlebihan. Pengambilan lebih daripada 10 cawan kopi sehari adalah dianggap berlebihan secara umumnya.
• Khasiat kopi sebenarnya adalah kerana kandungan kafein didalamnya. Oleh kerana itu, pengambilan kopi jenis ‘decaf’ sebenarnya adalah tidak elok dan tidak akan menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik.
• Kopi juga akan hilang khasiatnya apabila kita mencampurkan gula dan krimer didalamnya.
• Pengambilan kopi secara berlebihan akan menyebabkan masalah kelesuan adrenal (‘adrenal exhaution’).
• Pengambilan kopi secara berlebihan juga akan menyebabkan masalah kekeringan (dehidrasi)
Bagaimana untuk minum kopi dengan cara yang betul.
• Untuk mendapatkan khasiat yang maksimum daripada kopi, maka anda perlu minum kopi O sahaja tanpa GULA dan Krimer atau susu.
• Anda akan mendapat khasiat optimum jika anda minum kopi yang baru di kisar daripada biji kopi asli.
• Elakkan pengambilan kopi O yang mana biji kopinya di goreng dengan marjerin atau anda boleh gunakan kopi segera
• Kalau boleh gunakan kopi organik sebagai kopi pilihan kita kerana ianya lebih sihat.
• Kopi yang lebih sihat adalah kopi yang bancuh dengan lemak sihat seperti mentega dan minyak kelapa dara.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manpal), MSc(UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
Rujukan:
1. Mercola Peak Fitness: 6 Reasons to Drink Coffee Before Your Workout
2. Live Strong: The Effects of Caffeine on Adenosine
3. Health Digest: The Health Benefits Of Coffee
4. Time: Here’s Another Reason to Feel Good About Drinking Coffee
5. Arthritis Foundation: Does Coffee Help or Hurt Gout?
6. Health Line: 13 Health Benefits of Coffee, Based on Science
7. HuffPost: 11 Reasons You Should Drink Coffee Every Day
8. Daily Infographic: Pros and Cons of Coffee Consumption

LEAVE A COMMENT
Please enter your email, so we can follow up with you.

Contact us 
Email: [email protected]

Follow us   

Malaysia
Lot 12711, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

X