MINYAK KELAPA DARA

Harini kita berbicara tentang minyak sihat yang sangat biasa dalam budaya kita di Malaysia…Minyak Kelapa!

Ini termasuklah semua kategori minyak kelapa iaitu santan, minyak kelapa bertapis dan minyak kelapa dara…semuanya adalah SIHAT

Minyak kelapa telah di salah erti kan sebelum ini sebagai minyak atau lemak yang tidak sihat…

Pelbagai dakwaan dibuat kononnya minyak kelapa tidak sihat kerana ia ada “kolesterol” dan boleh menyebabkan sakit jantung…fakta ini tidak benar hakikatnya berdasarkan kajian saintifik…

Minyak kelapa TIDAK mengandungi kolesterol kerana ia adalah dari sumber tumbuhan..kolesterol hanya bersumber dari haiwan..

Minyak kelapa atau santan sebenarnya kaya dengan lemak tepu…iaitu 90% kandungannya ada lemak tepu…

Tetapi kita jangan terlalu cepat ‘menghukum’ lemak tepu sebagai lemak yang tidak sihat…kerana lemak tepu dari sumber asli dan semulajadi adalah lebih SIHAT sebenarnya…

Lemak tepu yang merbahaya adalah lemak tepu sintetik iaitu Lemak TRANS yang di hasilkan daripada lemak jenis PUFA…contohnya marjerin & krimer yang di letakkan dalam makanan proses yang di jual di pasaran…asid lemak TRANS ini terbukti daripada kajian sains sebagai punca kepada keradangan atau inflamasi yang menyebabkan penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari, diabetes, hypertensi, kanser etc

Lemak tepu yang ada dalam minyak kelapa adalah dari jenis ASID LAURIK…iaitu sejenis asid lemak rantaian sederhana (Medium Chain Fatty Acids; MCFA atau MCT) kajian menunjukkan asid laurik ini mempunyai sifat anti keradangan dan juga amat mudah di serap oleh usus menjadi tenaga segera kepada tubuh kita…

Pengambilan asid laurik daripada minyak kelapa akan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari kerana:

●Sifat anti keradangan nya mencegah masalah atherosklerosis dan penyumbatan saluran darah di jantung

●Menurunkan paras trigliserida & kolesterol dan ia bukan punca kepada masalah jantung !!

Selain daripada itu minyak kelapa juga..

●Bersifat anti bakteria, anti viral & anti fungal

●Mempunyai sifat anti oksidan dengan kandungan yang tinggi bahan seperti :
○Vitamin E yang tinggi
○ provitamin A
○ polifenol
○ fitosterol

●meningkat kan sistem imuniti tubuh kita iaitu meningkatkan antibodi tubuh kita

●Mencegah darah beku atau embolism kerana ia menjaga faktor koagulasi atau pembekuan darah kita…oleh kerana itu ia mencegah serangan jantung

●Asid laurik dalam minyak kelapa membantu menurunkan berat badan dengan mengawal selera makan kerana tenaga segera yang ia bekalkan menyebabkan kita rasa kurang lapar dan mencegah ‘craving’ iaitu rasa ingin makan yang melampau..ia juga meningkatkan metabolisme tubuh oleh itu ia membantu membakar lemak tersimpan dalam tubuh…minyak kelapa boleh di ambil sebagai sumber minyak sihat dalam kaedah pemakanan ‘Ketogenic Diet ‘ yang sangat baik untuk mengawal berat badan..

● Kajian juga menunjukkan asid laurik dalam minyak kelapa juga membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik..kerana ia meningkatkan sensitiviti insulin..

●Asid laurik dalam minyak kelapa juga sangat baik untuk fungsi otak kita dengan meningkatkan memori dan kecekapan otak dan membantu pembelajaran

●Ia sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut

Kita boleh amalkan pengambilan minyak kelapa setiap hari dalam bentuk santan, minyak kelapa bertapis atau minyak kelapa dara untuk mendapatkan khasiatnya..insyaallah

#drnorman #infosihat #healthyeating #antiaging #cardiovasculardisease #coconutoils #virgincoconutoil #santan #lemaksihat #healthyoils

LEAVE A COMMENT
Please enter your email, so we can follow up with you.

Contact us 
Email: [email protected]

Follow us   

Malaysia
Lot 12711, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

X