Minyak Habbatus Sauda by Dr. Norman

RM40.00RM60.00

Clear
SKU: N/A Categories: ,

Description

Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda
telah digunakan secara terapeutik sejak beribu-ribu tahun lalu.
Di zaman moden pula, ia telah dikaji secara meluas di seluruh
dunia dan kini dilihat sebagai makanan tambahan kesihatan
yang sangat berkhasiat dan tiada tandingannya.

Selain daripada ramuan utamanya Crystalline Nigellone,
Habbatus Sauda mengandungi 15 jenis asid amino, protein,
karbohidrat, kedua-dua minyak tetap (termasuk linolenik dan
Oleik) serta minyak meruap, alkaloid, saponin dan serat kasar,
vitamin dan juga mineral seperti kalsium, zat besi, tembaga,
zink dan kalium.

Penggunaan Habbatus Sauda dalam bentuk minyak lebih digalakkan kerana kepekatannya adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan pengambilan biji sahaja.

Minyak Habbatus Sauda tanpa tapisan (unfiltered) ini mengandungi sebatian fitokimia timokuinon yang bersifat anti-radang dan kandungan anti-oksidan yang tinggi. Minyak Habbatus Sauda dikatakan serbaquna kerana ia bukan sahaja boleh diminum tetapi juga boleh digunakan secara luaran untuk meredakan kerengsaan kulit.

Minyak Habbatus Sauda yang berkualiti tinggi ini juga sesuai digunakan
untuk dicampur dalam makanan dan minuman.

Additional information

Size

100ml, 60ml

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Minyak Habbatus Sauda by Dr. Norman”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X