TINJAUAN KESIHATAN & MORBIDITI KEBANGSAAN 2019 (NHMS)

Bila Menteri Kesihatan membuat pembentangan TINJAUAN KESIHATAN & MORBIDITI KEBANGSAAN 2019 (NHMS), banyak data-data yang membimbangkan.

Kita lihat Fakta Obesiti & Berat Badan Berlebihan. Not to be offended. Just something for us to ponder.

Obesiti (BMI >30) dan Berat Badan Berlebihan (BMI > 25) di kalangan orang dewasa (berusia 18 tahun ke atas) tidak menunjukkan tanda untuk ‘reda’.

NHMS 2011 —> 44.5%

NHMS 2015 —> 47.7%

NHMS 2019 —> 50.1%

Bila diterjemahkan dalam bentuk angka, ini bermakna, terkini, 10.7 Juta rakyat Malaysia yang dewasa mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.

4.22 Juta Obesiti dan 6.48 Juta mengalami masalah berat badan berlebihan!

Wanita lebih obese dengan 54.7%

Kaum India mendahului dengan peratusan 63.9%

Untuk Abdominal obesiti pula (pengumpulan lemak dibahagian perut ), ini melibatkan seramai 52.6% ataupun 11.2 Juta individu dewasa.

Sekali lagi Wanita mendahului lelaki dengan peratusan 64.8%

1 dalam 2 rakyat malaysia mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.

1 dalam 2 rakyat Malaysia mengumpul lemak yang berlebihan di perut.

Kita hebat di mata dunia menangani Covid-19.

Semoga kita juga hebat menangani isu epidemik Gemuk & Buncit.

Jom sama-sama. Malaysia Boleh!

Contact us 
Email: [email protected]

Follow us     

Malaysia
Lot 12711, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

X